Perjalanan Kisah Hidupku..

Abang Unggal... Dilahirkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang Tarikh lahir 18 Jun 1986. Jam 12.05 pagi...Diperam sebulan di Wad Kanak - Kanak (Tingkat Enam), sebab lahir sebelum due…tak cukup sebulan...

Umur dua tahun…

Ketika keluargaku merancang ke Zoo Negara.. Aku diserang demam panas...Rujuk hospital, pihak hospital syak dijangkiti kuman..Nyaris2 nak diambil air tulang belakang..Rupa2nya kancing gigi jer...Nasib baik tak ditebuknya air tulang belakang...Kalau tak...Down Syndrom la aku jawabnya...Terima Kasih kepada hero aku..Encik Mohd Yunus Bin Hj Abdul Rauf...(Atok sebelah mak) kerana sudi bertegang urat dengan doktor...Sampai je rumah, atok aku ubatkan cara kampong...Pucuk daun bunga raya diramas dan dibacakan beberapa potong ayat Al – Quran kemudianya disapu ke tubuhku…Petang tu dah mula main... Mula la aku cari teman karib aku… Antan Batu Dan Lesungnya, Sudut Dan Bali (Kuali)nya…

Usiaku empat tahun…

Aku keluar membeli - belah dengan Opahku di Great Wall, Klang...Macam biasalah... Opah sibuk pilih barangan yang hendak dibeli...Aku pun capai ape yang aku nak...pastu minta opah bayarkan dulu... Yeh2 dapat apa yang aku nak, aku pun follow opah pilih barangan dia pulak... Entah kenapa entah, cam bosan jer... (time tu ade promosi jualan murah kot)... Lama sangat...

Aku pun tunjuk teror.. Kononnya nak balik sendiri ke Padang Jawa.... Hampir2 naik bas dah...Muncul lak dua orang akak yang prihatin... Aku dibawa semula ke Great Wall... Opah aku masa tu dah pengsan dah (cucu dia hilang)... Sejak peristiwa tu...Maka padan la dengan muka aku...Sampai sekarang tak bebas nak join rombongan atau lawatan... Takut Hilang kata opah...Fobia betul dia...

Enam tahun...

Aku mula bersekolah... cuma time tu...aku macam blur kenapa kena bangun pagi pergi sekolah tadika... Pastu kan sesi persekolahan mula bulan 12... maka konfius la aku dengan tarikh di papan hitam... Darjah Satu di Sek Keb. Padang Jawa, Petaling.. Masa tu pulak aku konfius huruf P.... P aku lain pesen sikit.. (terbalik) puas orang betulkan... Tak aku gak yang betul... .hehe... Tapi time pekse aku antara top 2 dalam kelas... Xpercaya tanya Ucu aku… Dia yang belikan jam sebagai hadiah… Pencapaian akademik aku time tu semakin meningkat... bermula di Tahun Satu Dahlia (kelas ke empat), mengekalkan kelas di Tahun Dua Dahlia... Tahun Tiga, dapat kelas kedua... 3 Bakawali... Tahun Empat....Dapat first kelas kau...nah amik time tu lak aku kenal dengan awek ni... Syazwani namanya...cun woo… (bagi aku)… Punya la nak jadi hero…Berhempas pulas aku kekalkan kelas….Maka terciptalah rekod hatrik dari aku….Maintain 3 Tahun kelas Anggerik...UPSR jeng,jeng,jeng... 2A, 2B, 1C....

SMK Seksyen 24, Shah Alam...

Aku ditempatkan di Tingkatan Satu Gigih, tu jer yang layak dengan keputusan UPSR aku...Bercampur dengan pelajar cina dan india, selain dilantik jadi ketua tingkatan merupakan pengalaman baru bagiku....Tapi cam biasa la...Aku berkenan dengan sorang awek tu...Nama still sama tapi orangnya lain...Aku pun tunjuk macho la…time peske buat betul2… no. 5 dan no.3 aku dah booking siap2...Hujung tahun…senarai nama pelajar dan kelasnya dipaparkan di papan kenyataan..Sekali x dapat naik kelas..Kecewa rasanya... 2 Gigih pun tak kisah la... Seperti diduga maka memang xde saingan la…balik2 muka yang sama gak dok monopoli ranking 5 teratas…aku masa tu dapat no. 5... Tingkatan 3, baru la tersenarai antara 44 pelajar terbaik seluruh tingkatan 2 tahun 2000.... Kami pun disatukan dalam kelas yang bernama 3 Amanah… Time ni… aku dah x mampu nak fight dah… dok dapat no. sekitar 37 hingga 44… PMR diumumkan...6A,1B,1C.... Itu jer yang aku mampu... Ko - kurikulum.... aku join PBSM, PRS, Kelab Geografi, Bola Tampar...Tugasan dan Anugerah Khas… Ketua Tingkatan 1 & 2 Gigih...Anugerah Kehadiran Penuh....Tempat Ke-2 Ujian Tilawah Al Quran, SMK Seksyen 24, Shah Alam... Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2001...

SM Teknik Shah Alam…

Satu demi satu kawan2 ku beredar..kalau x ke MRSM... Sekolah Berasrama Penuh... x pun ke Sekolah Teknik....Kalau aku tak keluar... Aku akan dilabelkan antara pelajar harapan sekolah...Tekanan ooo... Mahu x nya kawan2 yang dapat 6A ke atas semua dah keluar… Aku jer yang dok tercegat kat sekolah tu..Aku pun keluar... SM Teknik Shah Alam... menjadi destinasiku.... Macam biasa... aku ditempatkan di kelas hadapan... 4 Almas menghimpunkan 32 pelajar terbaik PMR..... 4A dan keatas... Misi mengekalkan kelas kali ini agak sukar.... Nyaris ditukar ke kelas kedua... Mujur namaku diumumkan sebagai calon terakhir berjaya menempatkan diri ke kelas 5 Almas... SPM pun keluar... Alhamdulilah semua lulus... dapat 2A,4B,2C,2D.... Ko - Kurikulum.... aku join PBSM, PRS, Sidang Majalah Sekolah, Hoki...Tugasan Khas... Ketua Tingkatan 4 Almas...Calon Tokoh Maulidul Rasul (Tewas Beberapa Undian)....AJK Biro Disiplin Pengawas SM Teknik Shah Alam...Peringkat Daerah pula...aku menyertai Kuiz Sains & Alam Sekitar, Kuiz Kerjaya....Aktif dalam Sukan Petanque...

SMK Seksyen 16, Shah Alam....

Sementara tunggu panggilan mana2 universiti... Aku pun terima tawaran memasuki Tingkatan 6.... Kelas Pertama lagi... 6 Rendah Sains 1.... Kelas sains lagi... Ku gagahkan diri untuk meneruskan perjuangan... Mungkin kerana terlalu aktif ko - kurikulum memakan diri sendiri... Aku diberikan kepercayaan menjadi Ketua Pelajar.... Selain memegang jawatan penting dalam kelab dan persatuan... STPM pun diumumkan.... keputusannya mendukacitakan... Walaupun lulus.... 1 prinsiple B, dan 3F (gagal).... Dalam penilaian STPM sijil hanya dikeluarkan bagi calon2 yang lulus sahaja… Memadai dengan lulus hanya satu mata pelajaran…

Kerjaya Dan Aku Sekarang......

Dengan keputusan yang tak seberapa..... aku mulakan kerjaya dengan menjadi peniaga kecilan.... Tolong mak jual nasik lemak dan kuih muih kat depan rumah... Nak kata kaya tak la... Tapi mewah la sikit... Siap boleh buat lesen kereta dan motor lagi..... Sambil2 tunggu pembeli aku pun berangan…Pasang impian untuk bekerja dengan kerajaan... aku hantar surat sana, hantar surat sini... cuba mintak kerja... Akhirnya Bak pucuk dicita ulam mendatang aku dipelawa oleh UiTM untuk mengisi kekosongan jawatan kerani harian..Aku minta abah hantar pergi temuduga....

Alhamdulillah aku diterima... Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) merupakan tapak kerjaya aku Di UiTM ni....Bertugas sebagai Pembantu Tadbir (P) Harian. Tapi sayangnya aku hanya berkhidmat 6 bulan jer… Apapun ku ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada warga UPENA kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk aku menimba pengalaman dalam membina kerjaya di UiTM…Kini aku ditawarkan jawatan tetap sebagai Pembantu Perpustakaan Di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam... Itulah serba ringkas tentang diriku... Ok la nak pergi susun buku la...Assalamualaikum..

Read More...